broku-app-teknik-lampu-di-cafe-restoran

Belajar Tentang “Lightings” Kurang Dari 3 Minit

Strategi pemilihan lampu untuk menaikkan jualan di restoran.

Pemilihan lampu boleh mempengaruhi ruang dan suasana dalam restoran. Ramai yang memilih lampu hanya kerana reka bentuk. Tapi sebenarnya nak memilih lampu untuk restoran juga ada seninya dari segi jualan.

Pemilihan lampu boleh menaikkan mood pelanggan, boleh menarik pelanggan yang tepat dan juga mendorong berapa nilai yang bakal dibelanjakan.

Sebelum anda memilih jenis warna lampu untuk restoran anda, pastikan anda kenal target market anda. Anda perlu jelas nak tarik siapa untuk makan ke restoran anda.

Untuk pelanggan berkeluarga, untuk orang perseorangan dan untuk pelanggan yang berpasangan, mereka ada budget tersendiri yang bakal dibelanjakan. Mari kita lihat 3 jenis lampu yang boleh menaikkan jualan restoran anda.

  1. Cahaya lampu dim.

Cahaya begini mencipta suasana privacy, selesa, damai dan romantik. Sekiranya anda ingin pelanggan yang berpasangan dan mampu mengeluarkan bayaran yang mahal untuk makan di restoran anda, lampu ini sesuai.

Lampu sebegini mampu mencipta mood yang tersendiri. Dia boleh buat pelanggan rasa selesa. Pelanggan yang nak berbelanja besar pasti memilih tempat begini. 

Gunakan lampu dim di restoran anda untuk tarik pelanggan yang nak berbelanja besar walaupun datang berdua atau bertiga.

  1. Lampu yang banyak dan berwarna-warni.

Cahaya lampu yang penuh warna-warni sesuai untuk pelanggan yang berkeluarga. 

Pelanggan yang bawa anak-anak, mereka perlukan cahaya yang terang dan menarik. Malah untuk keselamatan anak-anak pelanggan juga. 

Guna lampu warna-warni macam dekat fun fair pun boleh. Anak-anak pelanggan pasti suka. Pelanggan yang berkeluarga lebih mementingkan keselesaan dan kegembiraan anak-anak berbanding diri mereka sendiri.

Restoran yang berkonsepkan family, tidak sesuai menggunakan lampu yang samar-samar. 

Perlu guna lampu yang terang dan berwarna-warni. Pamerkan suasana ceria untuk menarik pelanggan yang berkeluarga.

  1. Lampu warna putih.

Kalau restoran anda adalah berkonsep fine dining atau semi fine dining, gunakan lampu warna putih sahaja. Biar terang satu restoran anda dengan  satu jenis warna saja termasuklah dinding.

Apabila pelanggan masuk, nampak jelas semua yang ada dalam restoran. 

Tekstur makanan, food plating yang anda buat dengan penuh kasih sayang tu biar pelanggan nampak detailing dia.

Guna banyak lampu untuk serlahkan restoran anda berbanding yang lain. Dari jauh orang nampak restoran anda paling menyerlah. Suasana ni akan tarik mereka untuk datang.

Perhatikan kembali lampu di restoran anda. Pilih pencahayaan yang betul mengikut konsep dan harga makanan di restoran anda. Anda pasti tahu siapa yang anda nak tarik untuk masuk ke restoran anda.

Untuk menaikkan jualan restoran, kita perlu ambil tahu semua perkara ini. So,JANGAN SIMPAN JA SEMUA TIPS NIE DALAM OTAK,PUT THEM INTO ACTIONS ASAP.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *