broku-app-signboard-strategi-McD

Kebenaran Yang Mengejutkan Tentang Signboard

Sebagai usahawan kedai makan, pastinya mahu kedai makan anda dikunjungi ramai pelanggan. Lagi bagus kalau pelanggan tak putus-putus datang. Malah ada yang membuat reviu mengenai kedai makan anda. 

Lokasi pun dah strategik iaitu di tepi jalan. Mudah untuk orang nampak kedai makan anda dari jauh. 

Tapi anda sebenarnya rugi untuk dapatkan customer walk in sebanyak 30% hingga 40% jika anda tidak ada signboard yang betul. Signboard bertujuan mendapat perhatian orang sekeliling. 

Ini dua cara nak bagi orang tertarik dan ingat kedai makan anda walaupun kali pertama lalu depan kedai.

  1. Signboard untuk branding.

Signboard memang dibuat untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Kemudian menarik mereka untuk masuk ke dalam kedai kita. 

Nama branding tidak mewakili makanan. Ia bertujuan untuk menjenamakan kedai makan. Branding dilakukan supaya orang terus ingat kedai makan kita apabila mereka sebut jenama tadi.

Contoh signboard untuk branding adalah Cili Hijau, atau Lampu Merah atau Restoran Mak Tok. Nama-nama ini tidak mewakili apa-apa jenis makanan. Ia memang bertujuan untuk branding.

Signboard untuk branding perlu dibuat marketing. Perlu buat ads yang banyak, anda perlu jadi orang lama dalam pasaran, panggil reviewer, dan kena buat pengumuman tentang jenama anda. Buat sampai orang hanya ingat anda saja apabila mereka sebut nama tu.

Contohnya jenama Siti Khadijah. Bila sebut nama ni, anda akan ingat telekung kan? Sebab mereka buat branding kat semua tempat. Kita nampak iklan mereka kat mana-mana. Tapi sebenarnya Siti Khadijah adalah nama isteri Rasulullah.  

Anda juga boleh buat signboard branding yang ada unsur buat orang tertanya-tanya. 

Contohnya Restoran Restoran Paku dan Pontianak di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur dengan dekorasi kedai yang menyokong nama tu. Bila orang baca nama kedai, orang akan tertanya-tanya kedai makan yang macam mana ni? Apa hidangan dia? 

Apabila orang nak tahu, orang akan masuk ke kedai anda. 

Jadi, untuk buat signboard berbentuk branding, anda kena buat marketing. Kalau tak, ia adalah sia-sia. Signboard branding juga tak bertujuan menaikkan sales.

  1. Signboard nama menu.

Nama menu digunakan untuk bermain dengan jualan, nak bagi sales bertambah. 

Anda perlu pilih satu menu killer di kedai anda, atau menu yang paling tinggi marginnya dan yang paling banyak orang makan, kedepankan menu tersebut.

Katakan nama kedai anda Restoran Tok Abah, anda menyediakan banyak makanan. Tapi yang paling tinggi marginnya dan yang paling ramai orang makan adalah dendeng daging.

Apa yang membezakan dendeng daging anda dengan orang lain? Daging dendeng anda direneh selama 7 jam. Kedai lain tak buat. Mereka hanya renehkan selama 2 jam saja. 

Jadi, kedepankan nama menu ini. 

Buat signboard, buat banner besar-besar, lebih besar dari signboard nama kedai. Tuliskan ‘Dendeng Daging Reneh 7 Jam’. Bawa kedepan nama makanan ni.

Ramai orang dah buat, mereka dapat naikkan sales kedai makan hanya dengan besarkan signboard. Sebab sebelum ni orang tak nampak dan tak tahu apa yang dijual kat kedai makan dia.

Kesimpulannya, jangan pandang remeh pada signboard anda. Dua jenis signboard ni anda boleh pilih. Anda boleh buat signboard untuk branding atau untuk sales. Branding untuk orang tahu dan ingat kedai makan anda, nama menu pula untuk naikkan sales. Pemilik kedai makan tepi jalan boleh tambah 30% hingga 40% jualan jika anda buat singboard yang  betul.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *